Tuesday, April 21, 2009

anugerah illahi

teman tersayang..

aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,

persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,

harta dikorban bukan sedikit,

cintakan kebenaran, sanggup bersakit.


disusuli tawakkal Ibrahim mulia,

ketika meninggalkan kekasih tercinta,

di bumi tandus tanpa bicara,

menyakini Allah sebagai Penjaga.


aku impikan antara kita seorang Umar,

berdiri tatkala tunduknya manusia,

bersuara tatkala diamnya manusia,

bisa menggerunkan musuh durjana.


dihiasi senyuman Syed al-Qutb,

tika bethadapan dengan tali maut,

akidah mantap tidak terenggut,

roh dakwahnya tidak pernaha surut.


aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,

menahan panahan Hajjaj dengana rela,

bersama si ibu tua,

lantas syahid, rohnya diangkat ke syurga.


suburkan semula benih Hassan al-Banna,

fikrahnya jernih menggegar dunia,

merelakan tubuhnya dimamah peluru tak bermata,

demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.


aku cintakan pemuda Giffari,

menentang kezaliman walaupun diancam,

moga akan lahir lagi di abad ini,

jiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram.


aku ingin kita sepemaaf Yusuf,

tetap mencintai saudaranya walaupun dikhianati,

dihumban ke dalam telaga tua,

terpisah batin daripada ayahanda bertahun lamanya.


aku ingin pusara kita harum mewangi,

umpama harumnya pusara Masyitah,

semerbak kasturi.


teman..

ketahuilah aku ingin persahabatan indah ini,

bisa menjadi syafaat,

di Mahkamah Mahsyar nanti.


nukilan: novelis tautan hati

edit:imah

Friday, February 27, 2009

disebalik nama


iimah!

nama timangan ku...aku paling suka dengan nama ini

imah adalah simbolik dengan sesuatu..

imah dan iman ....bukankah serasi..

bagiku nama mampu membentuk peribadi..

harapaanku agar iman sentiasa melayari hidupku dan

namaku seharum iman yang mampu

memberi keperibadian yang indah untukku.